Bismillah..
Usai Asar tadi, ana membelek-belek buku untuk dijadikan rujukan. Banyak lagi yang tidak settle walaupun telah masuk minggu-minggu akhir sebelum final exam. Malahan baru dapat assignment untuk beberapa subjek.Terpaksa memeras keringat untuk menyelesaikannya dalam masa yang singkat. Timbul juga perasaan malas kerana ini minggu cuti yang umumnya sahabat-sahabat yang lain sudah bercuti di rumah. Tapi akur dengan hakikat rumahku jauh dan perjalanan mengambil masa yang panjang untuk tiba.
Beberapa teman yang turut
menghabiskan cuti di sini singgah di bilikku tadi. Masing-masing agak keletihan
kerana baru pulang dari PWTC setelah penat menghabiskan voucer yang
diberi kerajaan untuk buku.
“Kalaulah dapat tiap sem kan
bagus,” sorang teman bersuara.
Kami cuma tersenyum mendengarnya
tanpa sebarang respon. Boleh dikatakan kami agak mencintai buku. Jadi satu
peluang apabila dapat memiliki buku dengan bantuan. Tapi untuk
mendapat setiap semester agak tipis sebenarnya harapan itu.
Inilah salah satu cabang
kecintaan. Iaitu mencintai ilmu. Ilmu diperoleh dengan salah satu cara antaranya melalui pembacaan. Pencambah pengetahuan yang sememangnya masih cetek. Teringat ana
pada sahabat-sahabat yang menyambung pengajian di luar negara nun di timur tengah.
Agak bertuah mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman di tempat orang. Timbul
perasaan rindu pada mereka yang setia mengharungi hidup bersama sewaktu
menghadapi peperiksaan SPM dan STAM.
Terpasak juga niat di hati untuk
menyambung pengajian setelah habis degree di Malaysia. Mungkin di seberang sana
bersama mereka yang masih setia untuk menimba pengetahuan. Moga niat itu
bersama harapan dan peluang untuk terealisasi nanti.
Tapi ana tidaklah menyesali keberadaan
menyambung pengajian di sini. Di mana pun berada, ada keistimewaannya
tersendiri. Hikmahnya agak banyak. Sesungguhnya ana bersyukur berpeluang
menuntut ilmu walau tidak bersama sahabat yang lain di sana.
Teringat juga pada sahabat yang
merindui kampung halaman di sini. Rindu mereka pada keluarga, teman-teman dan
suasana rumah. Moga kasih mereka pada keluarga utuh bersama doa. Moga ingatan
mereka pada keluarga mengingatkan diri mereka untuk terus bersemangat untuk
belajar mencapai kecemerlangan.
Ingatan untuk mereka dan diriku
sendiri yang sentiasa alpa.
No comments:
Post a Comment