Friday 20 April 2012

Seluas mata memandang



Bersama kita kongsikan....:-)






Bismillahirrahmanirrahim,

Perjalanan itu membawa banyak hikmah yang dapat dikutip. Benar kata orang makin jauh berjalan makin luas pandangan dan makin bertambah pengalaman ditaut keimanan.






Keringat menitis kaki dipacu,
Penat berbuah menerbak hati,
Bersatu dipupuk semangat dipalu,
Takkan lemah target dipatri.











Bersama sahabat membina semangat,
Puncak Broga Hill kami tawan,
Kurniaan Tuhan segenap tempat,
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?







Sebelumnya......perjalanan di bumi Tuhan menjelajah Negeri Sembilan.. yang membawa kami ke daerah Rembau...banyak tempat menarik..yang menjadi persinggahan kami ialah Gunung Datok..








Tekad di hati gunung ditawan,
Bersama Nisa' menyahut cabaran,
Walau rintangan silih mendatang,
Puncak Gunung Datok dalam genggaman.




sebenarnya banyak lagi tempat yang ingin dijelajahi..namun memandangkan beberapa kekangan yang menghalang,membantutkan seketika hajat..namun akan terbuka ruang itu nanti..




Ikhlaskan niat kembara dimulai,
Matlamat diraih redha-Nya diminta,
Luas perjalanan pelbagai hikmah diperolehi,
Pengenalan bermula ukhwah tercipta.




Panjatkan selawat ke atas nabi junjungan Muhammad S.A.W....beserta syukur pada Ilahi yang memberi peluang untuk berfikir serta mengambil ibrah atas tiap ciptaan-Nya..










Secebis perkongsian...:-)


Thursday 19 April 2012

Cukup bagiku Allah








Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan (sahaja ) mengatakan:"kami telah beriman", sedang mereka belum diuji?-al-Ankabut : 2.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah S.A.W bersabda :
" Orang mukmin samada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, samada dirinya, anaknya, ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun."

( Hadis riwayat Imam Tirmizi )

Kesimpulan hadis :

1- Sabar menghadapi cubaan boleh menghapuskan segala dosa.
2- Cubaan yang paling dahsyat adalah cubaan yang dihadapi para nabi kemudian orang-orang soleh seterusnya ke bawah secara berturut-turut.


Sedang ujian itu adalah cubaan untuk meningkatkan tahap keimanan kita dan membawa kita sebagai hamba-Nya yang lemah ke tahap yang lebih tinggi seterusnya dekat di sisi-Nya.


maka..kembalilah pada Allah..





Ayuh!!..dekatiNya..

Alunkan zikir-zikir rindu, doa-doa pengikat hati..

dari jiwa yang tulus..

kepada-Nya dikala bersujud.

sedang itulah saatnya sang hamba dekat pada Rab tuhan penciptanya.

yang tidak pernah tidur..

mendengarkan rintihan hamba-Nya.




Wednesday 4 April 2012

Solat Sunat Hifzi







Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan terutama yang menghafaz al-quran (golongan hufaza') agar mengerjakan Solat Sunat Taqwiyatul Hifzi..




Kaedah :

1. Mengerjakan solat ini empat rakaat dengan dua kali tahiyyat akhir

Lafaz niatnya :
اصلى سنة تقوية الحفظ ركعتين أداء لله تعالى

2. Mengerjakannya pada malam jumaat. Sebaik-baiknya pada sepertiga malam.
3. Mengerjakannya pada 3, 5 atau 7 malam jumaat secara berturut-turut.

Bacaannya:

1. Rakaat pertama selepas al-Fatihah - Surah Yassin
2. Rakaat Kedua selepas al-Fatihah - Surah ad-Dukhan
3. Rakaat Ketiga selepas al-Fatihah - Surah As-Sajadah
4. Rakaat Keempat selepas al-Fatihah - Surah al-Mulk

Setelah selesai bacalah doa berikut :

Sunday 5 February 2012

Rahsia 7






Menurut imam Abu Nashr Muhammad bin Abdurrahman Al-Hamdany: "Ketahuilah bahawa zat Pencipta yang sangat besar kekuasaan-Nya dan sangat tinggi kalimat-Nya serta berterusan nikmat-nikmat-Nya tersebut telah menghias tujuh perkara dengan tujuh perkara. Dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya. Untuk mengkhabarkan kepada orang-orang yang berilmu bahawasanya tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah SWT.

Satu minggu pula mempunyai tujuh hari yang mempunyai tujuh kelebihan yang tertentu.

Kenangan 1-Rahsia kelebihan hari Ahad
Rahsia 1: Penciptaan tempat jalan bintang-bintang
Rahsia 2: Penciptaan bintang-bintang yang bergerak
Rahsia 3: Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat
Rahsia 4: Penciptaan tujuh lapis bumi
Rahsia 5: Penciptaan tujuh lautan yang besar
Rahsia 6: Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia
Rahsia 7: Penciptaan tujuh hari dalam seminggu

Kenangan 2- Rahsia kelebihan hari Isnin
Rahsia 1: Nabi Idris as. naik ke langit
Rahsia 2: Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina
Rahsia 3: Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
Rahsia 4: Lahirnya Rasulullah SAW.
Rahsia 5: Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW
Rahsia 6: Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
Rahsia 7: Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin

Kenangan 3- Rahsia kelebihan hari Selasa
Rahsia 1: Jurjais as. dibunuh
Rahsia 2: Wafatnya Nabi Yahya as.
Rahsia 3: Wafatnya Nabi Zakaria as
Rahsia 4: Meninggalnya tukang sihir Fir'aun
Rahsia 5: Meninggalnya Asiah isteri Fir'aun
Rahsia 6: Sapi Bani Israil disembelih
Rahsia 7: Meninggalnya Habil putera Adam as.

Kenangan 4- Rahsia kelebihan hari Rabu
Rahsia 1: Kehancuran Auj bin Unuq
Rahsia 2: Kehancuran Qarun
Rahsia 3: Kehancuran Fir'aun beserta tenteranya
Rahsia 4: Kebinasaan Namruz bin Kan'an
Rahsia 5: Kehancuran kaum Saleh as.
Rahsia 6: Kehancuran Syadad bin 'Aad
Rahsia 7: Kebinasaan kaum Hud

Kenangan 5- Rahsia kelebihan hari Khamis
Rahsia 1: Nabi Ibrahim as. menghadap Raja Mesir
Rahsia 2: Tukang memberi minum Raja Mesir memperolehi kebebasan
Rahsia 3: Saudara-saudara Yusuf as. menemuinya
Rahsia 4: Bunyamin datang ke Mesir
Rahsia 5: Ya'kub as. datang ke Mesir
Rahsia 6: Nabi Musa masuk ke Mesir
Rahsia 7: Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah

Kenangan 6- Rahsia kelebihan hari Jumaat
Rahsia 1: Pernikahan antara Nabi Adam as. dengan Siti Hawa
Rahsia 2: Pernikahan antara Nabi Yusuf as. dengan Zulaikha
Rahsia 3: Pernikahan antara Nabi Musa as. dengan Shafrawa
Rahsia 4: Pernikahan Nabi Sulaiman as. dengan Ratu Balqis
Rahsia 5: Pernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
Rahsia 6: Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
Rahsia 7: Pernikahan antara Sayyidina Ali as. dengan Siti Fatimah

Kenangan 7- Rahsia kelebihan hari Sabtu
Rahsia 1: Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh as.
Rahsia 2: Tipu daya kaum Saleh as. terhadap unta Nabi Saleh as.
Rahsia 3: Tipu daya saudara-saudar Yusuf terhadap Yusuf as.
Rahsia 4: Tipu daya Fir'aun terhadap Nabi Musa as.
Rahsia 5: Tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as.
Rahsia 6: Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW
Rahsia 7: Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT

Demikian Allah SWT menjadikan sesuatu di alam ini mempunyai rahsianya tersendiri yang perlu dikaji dan diketahui oleh umat manusia. Kemudian menjadikan segala kekuasaan yang ditunjukkan Allah SWT itu kepada kita untuk meningkatkan ketaqwaan kita kepadanya. Kemudian ucapkanlah kalimah ketaqwaan itu agar kita mendapat kemenangan, baik hidup di dunia mahupun di akhirat.




" Dan kepada orang-orang Mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (  laa ilaha Illallah ) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. Dan adalah Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Al-Fath:26)

~Rahsia 7.Muhammad Isa Selamat~

1 kecintaan







Bismillah..

Usai Asar tadi, ana membelek-belek buku untuk dijadikan rujukan. Banyak lagi yang tidak settle walaupun telah masuk minggu-minggu akhir sebelum final exam. Malahan baru dapat assignment untuk beberapa subjek.Terpaksa memeras keringat untuk menyelesaikannya dalam masa yang singkat. Timbul juga perasaan malas kerana ini minggu cuti yang umumnya sahabat-sahabat yang lain sudah bercuti di rumah. Tapi akur dengan hakikat rumahku jauh dan perjalanan mengambil masa yang panjang untuk tiba.

Beberapa teman yang turut menghabiskan cuti di sini singgah di bilikku tadi. Masing-masing agak keletihan kerana baru pulang dari PWTC setelah penat menghabiskan voucer yang diberi kerajaan untuk buku.

“Kalaulah dapat tiap sem kan bagus,” sorang teman bersuara.

Kami cuma tersenyum mendengarnya tanpa sebarang respon. Boleh dikatakan kami agak mencintai buku. Jadi satu peluang apabila dapat memiliki buku dengan bantuan. Tapi untuk mendapat setiap semester agak tipis sebenarnya harapan itu.




Inilah salah satu cabang kecintaan. Iaitu mencintai ilmu. Ilmu diperoleh dengan salah satu cara antaranya melalui pembacaan. Pencambah pengetahuan yang sememangnya masih cetek. Teringat ana pada sahabat-sahabat yang menyambung pengajian di luar negara nun di timur tengah. Agak bertuah mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman di tempat orang. Timbul perasaan rindu pada mereka yang setia mengharungi hidup bersama sewaktu menghadapi peperiksaan SPM dan STAM.





Terpasak juga niat di hati untuk menyambung pengajian setelah habis degree di Malaysia. Mungkin di seberang sana bersama mereka yang masih setia untuk menimba pengetahuan. Moga niat itu bersama harapan dan peluang untuk terealisasi nanti.

Tapi ana tidaklah menyesali keberadaan menyambung pengajian di sini. Di mana pun berada, ada keistimewaannya tersendiri. Hikmahnya agak banyak. Sesungguhnya ana bersyukur berpeluang menuntut ilmu walau tidak bersama sahabat yang lain di sana.





Teringat juga pada sahabat yang merindui kampung halaman di sini. Rindu mereka pada keluarga, teman-teman dan suasana rumah. Moga kasih mereka pada keluarga utuh bersama doa. Moga ingatan mereka pada keluarga mengingatkan diri mereka untuk terus bersemangat untuk belajar mencapai kecemerlangan.

Ingatan untuk mereka dan diriku sendiri yang sentiasa alpa.

Welcome :-)





Assalamualaikum W.B.T

Syukur ke hadrat yang Maha Esa memberi peluang kepadaku untuk mencoretkan kata-kata dalam penulisan ini.Limpah kesyukuran dipanjatkan lagi dengan nikmat Iman dan Islam yang dinikmati sehingga saat ini. Mudah-mudahan segala yang dicoretkan dapat dijadikan perkongsian dan semestinya cermin kepada diriku yang lemah.




Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Kadang-kadang kita di atas dan tanpa disedari kita terduduk di bawah. Namun itu bukan penghalang untuk terus melangkah mencapai matlamat kehidupan. Matlamat yang paling besar sudah tentu menggapai reda yang Maha Kuasa, pemilik segala kekuatan dan nikmat.

Kadang kala apa yang kita dapat tidak sama apa yang kita inginkan. Hinggakan satu tahap menyalahi  sang Pencipta yang memberi rezeki dan rahmat. Padahal, masa itu tiba untuk kita koreksi diri dan sujud pada-Nya. Kerana Dia merindui rintihan hamba-Nya. Apakah kita masih lagi tidak mahu untuk bersyukur dengan apa saja yang kita ada dan nikmati? 

Ya Tuhan, ampuni kami yang sentiasa lalai mengingati-Mu ini.